create your own banner at mybannermaker.com!

Wednesday, May 4, 2011

TIPS DARI DR FADZILLAH KAMSAH

BAGAIMANA MENDIDIK ANAK.................

1.
Mulakanlah hidup anak anda dengan nama  panggilan yang
baik.
Nama panggilan yang kurang baik  akan menyebabkan anak anda

malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan

yang baik adalah digalakkan).

2.
Berikan anak anda pelukkan setiap  hari (Kajian menunjukkan

anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat

daripada anak yang jarang dipeluk)

3.
Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih  sayang

(Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila

berhadapan dengan persekitaran)

4.
Berikan peneguhan setiap kali anak anda  berbuat kebaikan

(Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya

senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

5.
Janganlah mengharapkan anak anda yang belum  matang itu
melakukan sesuatu perbuatan baik secara  berterusan
, mereka hanya

kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka bua tkan

mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

6.
Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja  dan keluarga,pilihlah keluarga


(Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus  berlalu dan tak akan kembali).

7.
Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak,  janganlah
tuan/puan mengeluh
. Keluhan akan  membuatkan anak-anak merasakan

diri mereka beban.

8.
Dengarlah cerita anak anda, cerita  itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang.

Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang  giliran untuk bercakap)

9.
Tenangkan anak anda setiap kali mereka  memerlukannya .

10.
Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara  untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya.

11.
Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak  menyambut harijadinya.

Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah.

Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg

dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai

orang lain).

12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama  belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka  lebih daripada  sekali.

13.
Luangkanlah masa bersama anak anda diluar  rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan  mereka .

Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan  a ndasuami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah  begitu real dalam dunia mereka.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalammasa  yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda.

Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah  rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16.
Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur  tanpa ciuman selamat malam,

17.
Terimalah yang kadangkala anda bukanlah  ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu  bapa.

18.
Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat  ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya  lebih penting daripada keluarga.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala  cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh  tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa  sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.

No comments:

Post a Comment