create your own banner at mybannermaker.com!

Wednesday, April 27, 2011

HALIA OH HALIA




Halia atau nama saintifiknya 'Zingiber Officinale Roscoe' merupakan sejens tumbuhan yang sering digunakan bukan sahaja didalam masakan malahan dalam dunia perubatan. Terdapat pelbagai jenis halia iaitu halia yang berwarna kuning dan halia yang berwarna merah (halia bara). Antara khasiat halia adalah:
  1. Menyegar dan menguatkan urat saraf
  2. Membantu menghadamkan makanan
  3. Kepanasannya boleh menghancurkan dan menghilangkan lendiran atau kahak
  4. Menambahkan tenaga batin
  5. Menguatkan ingatan
  6. Membuang angin yang terdapat didalam usus besar dan usus kecil
  7. Membetulkan perjalanan darah dalam tubuh
  8. Mengekalkan kehangatan tubuh wanita selepas bersalin
Firman Allah yang bermaksud " Mereka (orang yang bertakwa didalam syurga) diberi minum segelas air yang bercampur dengan halia" (surah Al-Insan:17)

Jadi, rajin-rajinkan lah makan halia....

No comments:

Post a Comment