create your own banner at mybannermaker.com!

Wednesday, April 27, 2011

HALIA OH HALIA




Halia atau nama saintifiknya 'Zingiber Officinale Roscoe' merupakan sejens tumbuhan yang sering digunakan bukan sahaja didalam masakan malahan dalam dunia perubatan. Terdapat pelbagai jenis halia iaitu halia yang berwarna kuning dan halia yang berwarna merah (halia bara). Antara khasiat halia adalah:
  1. Menyegar dan menguatkan urat saraf
  2. Membantu menghadamkan makanan
  3. Kepanasannya boleh menghancurkan dan menghilangkan lendiran atau kahak
  4. Menambahkan tenaga batin
  5. Menguatkan ingatan
  6. Membuang angin yang terdapat didalam usus besar dan usus kecil
  7. Membetulkan perjalanan darah dalam tubuh
  8. Mengekalkan kehangatan tubuh wanita selepas bersalin
Firman Allah yang bermaksud " Mereka (orang yang bertakwa didalam syurga) diberi minum segelas air yang bercampur dengan halia" (surah Al-Insan:17)

Jadi, rajin-rajinkan lah makan halia....

Tuesday, April 19, 2011

DIET CARA RASULULLAH S.A.W

Seorang kawan telah emaikan kepada saya informasi di bawah yang saya fikirkan amat berguna untuk dikongsikan bersama..
Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh sembarangan. Hal inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg
lainnya.Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya karena pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya Allah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan makan SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU CTH: KOKTEL

2. CARA MAKAN
A. JANGAN MAKAN BUAH SETELAH MAKAN NASI, SEBALIKNYA
MAKANLAH BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.

B. TIDUR 1 JAM SETELAH MAKAN TENGAH HARI.

C. JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM. BARANG SIAPA
YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN
KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.

D. Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya…cobalah… Pengaruhnya tidak dalam jangka pendek…..Akan berpengaruh bila kita sudah tua nanti.

Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu karena akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh
ilmuwan yang menemukan bahwa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merusak usus kita.

Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesehatan spt
membuat amalan antara lain:

1. Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap
kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air es) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (yaitu sujud sekurang kurangnya semenit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang
udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir
keruang tersebut.

4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, yaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan)

MATERNITY TOOTHPASTE

Masalah yang sering dihadapai oleh wanita hamil adalah kerosakan gigi. Jadi,bagi wanita hamil, pandai-pandailah pilih ubat gigi kalau boleh pakai ubat gigi khas untuk ibu hamil. Saya pernah terjumpa satu brand ubat gigi khas untukk wanita hamil dan menyusu Pureen Maternity Toothpaste.Bukan nak promote brand tu, tapi sekadar untuk berkongsi maklumat. Mungkin ada brand lain lagi yang saya tak jumpa. Apa-apa pun, tepuk dada tanya selera......

TAHUKAH ANDA?
  • Air paip kita mengandungi kurang dari 1ppm fluorida
  • Kebanyakan ubat gigi mengandungi kira-kira 1500ppm fluorida. Fluorida merupakan racun tikus dan serangga yang boleh menyebabkan fluorosis gigi dan menjejaskan fungsi otak, tulang dan organ-organ lain jika tertelan secara berlebihan.
  • Ubat gigi juga turut mengandungi sodiumlauril sulfat yang berfungsi sebagai bahan pencuci dan penggalak buih. Ia boleh mengakibatkan ulser mulut kerana ia mengeringkan membran berlendir yang memberi perlindungan kepada mulut.
  • Ubat gigi juga mengandungi sodium sakarin yang disintesis daripada tar batu arang.